dUet poKet ku...

duEt....duEt....

Thursday, 31 March 2011

apRil FooL..............


Assalamualaikum

 Ikutilah cerita sedih di sebalik April Fool's Day sebagai
renungan bersama. Setiap kali menjelang 1hb April,
sesetengah orang kita begitu taksub dengan budaya
'pandang kebarat'.

Berbalik kepada perayaan April Fool's Day ini, ia
mula dirayakan sewaktu kejatuhan kerajaan Islam di
Sepanyol. Setelah bertapak berkurun-kurun lamanya
di Granada, Sepanyol, kerajaan Islam akhirnya runtuh
diserang tentera-tentera Kristian.

Penduduk-penduduk Islam di Sepanyol (Moors)
terpaksa berlindung di dalam rumah masing-masing
untuk menyelamatkan diri. Tentera-tentera Kristian
bagaimanapun tidak berpuas hati dan berusaha untuk
menghapuskan orang-orang Islam dr Sepanyol.

Penduduk-penduduk muslim ini, diberitahu bahAwa
mereka boleh berlayar keluar dari Sepanyol dengan
selamat bersama brg2 keperluan
mereka dengan menggunakan kapal-kapal yang
berlabuh dipelabuhan. Orang-orang Muslim yang risau
sekiranya tawaran tersebut merupakan suatu penipuan,
telah pergi keperlabuhan untuk melihat kapal-kapal
yang dimaksudkan.
Setelah berpuas hati, mereka membuat persiapan
untuk bertolak. Keesokan harinya (1 April), mereka
mengambil semua barangan yang telah disiapkan
menuju ke perlabuhan.

Pada masa inilah pihak Kristian mengambil kesempatan
untuk menggeledah dan kemudian membakar rumah
penduduk-penduduk Islam ini.

Mereka juga tidak sempat untuk menaiki kapal kerana
semuanya dibakar. Pihak Kristian kemudiannya
menyerang kaum muslim dan membunuh kesemuanya,
lelaki, perempuan, serta anak-anak kecil. Peristiwa
berdarah yang menyedihkan ini kemudiannya diraikan
oleh tentera Kristian.

Keraian ini akhirnya dirayakan setiap tahun bukan sahaja
di Sepanyol tetapi juga di serata dunia.

Yang menyedihkan, orang-orang Islam yang jahil mengenai
peristiwa ini turut meraikan April Fool's Day tanpa
menyedari mereka sebenarnya merayakan ulang tahun
pembunuhan beramai-ramai saudara seIslam mereka sendiri.




Semoga Allah sentiasa bukakan  pintu taubat untuk kita.
amin.....

nk taw naper aku highlight font die kaler merah? ini krn citer 
ini ade lah serius dan bkn rekaan semata- mata..
jd "SAY NO TO APRIL FOOL"

0 juta org nk share opinion ngn sayer..:

Post a Comment

sudi2 kan lah tuk komen ea...
lau xde idea, 1 pun jadilah...LOL